include_once("common_lab_header.php");
Excerpt for Rahsia Seorang Usahawan by , available in its entirety at Smashwords


Rahsia Seorang Usahawan


By Izaiha Zainol

Published by Izaiha Zainol at Smashwords

Copyright 2019 Izaiha Zainol





Smashwords Edition License Notes

This ebook is licensed for your personal enjoyment only. This ebook may not be re-sold or given away to other people. If you would like to share this book with another person, please purchase an additional copy for each recipient. If you’re reading this book and did not purchase it, or it was not purchased for your enjoyment only, then please return to Smashwords.com or your favorite retailer and purchase your own copy. Thank you for respecting the hard work of this author.




Table of Contents

Prolog

Rahsia Manusia Hebat

Nak Kaya, Tapi…

Kenapa Nak Jadi Usahawan?

Syarat Wajib Seorang Usahawan

Tengok Sikap Anda

Boleh Tahan Atau Tak Boleh Tahan?

Nak Berniaga, Jangan Buat Ni

Mentor Menti

Yang Mana Satu ?

Nak Buat Bisnes, Tapi Apa ?

Cerita Lain, Jadinye Lain

Dengar Tak ?

Senjata Senyum

Frust Dengan Social Media Marketing

Cara Membuat Perancangan Social Media Marketing

Testimoni Produk

Alamak Jatuh !

How’s Business ?

Masa Depan Anda, Pilihan Anda

Kegagalan Ialah Satu Pelajaran

Failure Is Not The End

Mengenai Pengarang

Buku Lain Oleh Izaiha Zainol

Berhubung Dengan Izaiha Zainol


Prolog

Pernah tak kita terfikir, kenapa ada orang yang berjaya dan ada orang yang biasa-biasa saja.


Adakah ini “takdir”? Adakah ini “redha”?


Ada orang yang nak meningkatkan tahap kapasiti kewangan diorang. Jadi, ada yang memulakan bisnes. Bagus, satu usaha yang menarik. Tapi berapa pasti usaha ini akan berjaya? Bisnes ni cum ada dua arah, naik atau turun. Ada yang sebelum berniaga, kewangan dia OK. Tapi lepas buat bisnes, terus ada hutang beratus-ratus ribu ataupun bankrap.


Macam mana nak pastikan? Macam mana nak tahu yang kita ni ke arah kejatuhan?


Sesiapa saja boleh jadi seorang businessman. Kita gi beli produk orang lain dan jual balik pada orang lain, kita dah jadi seorang businessman. Tapi tak ramai orang boleh jadi “business manager” yang baik. Maksudnya, sebagai seorang usahawan kita bukan saja kena tengok pada jualan, kita harus menguruskan pemasaran, kewangan, sumber manusia, dan lain-lain. Semua ini berlaku serentak pada masa yang sama.


Nak jadi hebat bukan senang. Tapi kalau kita cuma pentingkan kesenangan saja, sampai bila-bila pun kita takkan jadi hebat. Dalam buku ini saya perkongsikan banyak perkara yang kita boleh renungkan dan praktikkan untuk menjadi seorang yang hebat dan secara khususnya, menjadi seorang usahawan yang hebat.



RahsiaManusia Hebat


Siapa yang tak nak jadi HEBAT, betul tak? Kalau boleh kita nak jadi hebat dalam segala apa yang kita buat. Bila kita bersukan, kita berusaha untuk jadi hebat untuk menang, termasuk juga bila berkawan. Bila kita bekerja, kita berusaha untuk jadi hebat untuk naik pangkat atau dapat bonus.


Tapi macam mana? Macam mana nak jadi hebat?


Sesetengah orang berjaya dalam hidup mereka samada dalam pelajaran, pekerjaan, mahupun perniagaan. Mencapai puncak menara gading. Ada pula yang masih di tampuk yang sama dan ada juga yang lagi teruk keadaannya. Kenapa? Adakah ini yang dikatakan takdir?


Ayat “takdir” ni memang tak dinafikan lah. Tapi, kita dikurniakan akal dan fikiran untuk berusaha merubah “takdir”. Allah sendiri berfirman, bahawasanya Dia tidak akan menukarkan nasib seseorang itu sekiranya orang itu sendiri tidak berusaha ke arahnya. Usaha ialah kerja kita, rezeki ialah kerja Allah.


Buku ni bukan buku ugama..hehe…dan saya pun tak layak nak bercerita pasai ugama cuma kongsi-kongsi sikit pengetahuan boleh lah.


OK, jadi macam mana nak jadi seorang manusia yang hebat?


Cuba kita tengok pada orang yang dah berjaya. Yang berada di puncak. Pernah tak kita fikir, macam mana dia boleh berjaya? Ataupun, lebih hebat daripada kita.. Orang yang berjaya atau pun yang kita panggil manusia hebat ni, diorang buat benda yang kita tak buat.

Contoh…dia dah bangun awal pagi…kita masih bergolek atas katil. Dia dah siapkan kerja dia, kita baru nak mula. Kita gi lepak kedai mamak tengok bola, dia duduk kat asrama ulangkaji pelajaran. Nampak tak perbezaan ni?


Berikut ialah beberapa tip yang saya nak kongsikan..


Yang pertama… Jangan Malas!


“Malas” ni memang satu ayat keramat. Semua benda kita malas. Nak buat kerja rumah, malas. Nak gi seminar, malas. Nak gi beli makanan, malas. Bos tak ada kat ofis, terus malas buat kerja.


Setiap kali kita sebut perkataan ni, kita dah blok diri kita dari mencapai kejayaan.


Malas ni juga boleh membawa kepada pertangguhan. Kata lah, hari ni kita malas buat kerja. Kerja hari ni ngan kerja esok berbeza. Misalnya, setiap hari kita ada 10 kerja nak buat dan kerja hari ni kita “malas” nak buat jadi membawa ke esok. Esoknya pula, kita memang dah ada 10 kerja dicampur dengan 10 kerja semalam yang kita “malas” nak buat dah jadi 20 kerja. Terus kita pun pening sebab TIBA-TIBA ada banyak kerja. Kita pun dapat la buat 5 tinggal lagi 15 dan bawa ke esok. Esoknya 10 kerja campur dengan 15 yang semalam…dah bertambah lagi jadi 25. Akhir sekali kita “malas” nak buat semua. Pressure lah, salahkan bos lah sebab bagi kerja banyak, dan sebagainya.


Saya nak tekankan, bila kita BEKERJA, memang ada benda yang nak kena dibuatkan atau disiapkan. Ada yang susah, ada yang senang. Kalau kita tak nak semua ni, jadi jangan kerja la. Bila tak kerja, boleh tak jadi HEBAT ?


Nak berjaya memang susah. Tak ada siapa kata nak jadi hebat ni senang.


Yang kedua…Jangan Kritik Diri Sendiri.


Kita akan sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang negatif atau orang-orang yang tak nak kita jadi lebih hebat daripada dia. Jadi apa saja yang kita buat, mesti ada orang yang akan “saja les”. Pernah dengar tak ni?


“Nak jual kosmetik? Muka kau pun tak cantik!”


“Kau nak berniaga?? Hahaha..apa yang kau tahu pasal berniaga ni?”


“Nak buka restoran? Tak payah la, dengan kos pun mahal, pelanggan pun tak tahu lagi nak datang ke tidak..”


Lumrah manusia untuk jadi negatif. Dan memang lumrah sesetengah manusia untuk mengecilkan orang lain supaya dia akan nampak lebih bagus atau lebih hebat.


Kita terpaksa mengharungi “dugaan” ini. Kalau diorang nak jadi negatif, biarkan diorang. Kita tetap berada di atas landasan dan berusaha ke arah impian dan matlamat kita.


Dengan segala bunyi-bunyian ni, yang lagi berbahaya ialah bila kita pun terikut-ikut dengan apa yang diorang kata. Kita pun terus mengkritik diri kita sendiri..


“Ye la, diorg tu orang kaya senang la dapat prosaja k, aku ni apa yang ada”

“Susah la nak buat bisnes online, computer pun aku tak tahu pakai”


Sebaik saja kita mengkritik diri kita sendiri, memang habis dah cerita. Jadi, berhati-hati.


Yang ketiga…Kuat Komplen.


Semua benda kita nak komplen! Itu ini begitu begini. Jangan sampai kita sendiri dok komplen diri kita ni selalu komplen..hahaha.


“Eh, tak nak la gi Putrajaya, jauh lah.”


“Ala…nak kena guna sosial media ke? Perlu ke..?”


Senang cerita, kita tanya diri kita sendiri, awak nak berjaya tak? Awak nak jadi hebat tak? Kalau jawapannya YA, jadi apa saja yang kita kena buat untuk mencapai impian kita, kena la buat.


Kalau didatangi masalah, jangan mula dengan komplen. Kalau kita macam ni, bererti kita ni sebenarnya ialah orang yang lemah. Kita komplen untuk menutup kelemahan kita. Kita salahkan orang lain sebab kita tak berani nak mengaku yang diri kita ni sebenarnya tidak cekap atau tak pandai.


Bila kita ada masalah, fokuskan kepada solusinya. Cari apa sebab masalah ni timbul dan fokus pada jalan penyelesaian. Ramai orang, bila dia ada masalah dia fokus kepada masalah tu. Itu pasal masalah tu tak dapat selesai. Ada juga yang lari dari masalah. Dalam perniagaan mahupun dalam kehidupan kita seharian, kalau kita mengajar diri kita untuk lari dari masalah memang kita tak akan belajar apa-apa. Dan kalau masalah tu datang lagi, kita tak dapat nak selesaikan, sebab kita tak tahu macam mana nak buat. Kan?


Yang keempat…MUDAH SELESA DENGAN KEADAAN SEMASA.


Manusia memang tak suka “menyusahkan” diri mereka. Kita memang sukakan benda-benda yang bagi kita seronok dan selesa. Orang yang hebat dia akan selalu keluar dari “Zon Selesa” mereka. Bak kata orang putih, “Comfort Zone”.


Kalau kita cuma nak duduk dalam zon ini saja, sampai bila-bila pun kita akan berada di tampuk yang sama. Tapi bila ditanya…oh, mahukan rumah banglo, nak pakai kereta mewah, nak gaji dan pangkat yang besar, nak gi holiday di London, New York la bagai. Tapi korang tak buat apa-apa pun ke arah mencapai impian tu. Bila kena kerja lebih sikit, MALAS! Bila dapat peluang, KRITIK DIRI SENDIRI. Bila kena pergi taklimat tender, KOMPLEN!


Cuba korang bayangkan…perut tengah lapar ni. Tekak dah terasa nak makan stik lah, nak makan cendol lah, nak spaghetti carbonara lah. Tapi korang dok saja atas kerusi tu, tak gi mana-mana. Korang rasa korang dapat tak makanan-makanan tu?


OK. So ni lah antara beberapa benda yang saya nak kongsikan untuk menjadi manusia yang hebat. Ingat, kalau kita nak jadi luar biasa, kita tak boleh buat benda yang biasa-biasa saja .


Sila tonton video 6 Habit Orang Berjaya di https://bit.ly/2M1nySR


Nak Kaya, Tapi…

Nak pangkat besar..tapi kerja sambil lewa.

Nak gaji besar, tapi tak jaga kewajipan kerja dengan betul.

Nak buat bisnes, tapi tak nak susah.

Nak berjaya, tapi malas nak rebut peluang.

Nak kaya, tapi malas usaha.


Pernah tengok atau dengar senario-senario kat atas ni? Pasti ada, kan? Mungkin antara kawan-kawan kita, sedara mara kita, dan yang best sekali...diri kita sendiri! Hahaha


Jom kita renungkan ayat ni...


“Bukan susah nak jadi susah dan bukan senang nak jadi senang.”


Faham tak ?


Apa saja yang kita nak capai harus ada usaha. Nak pergi bilik air pun kena usaha, betul tak?? So...sama juga la kalau kita nak berjaya.


Ramai orang nak kaya dan berjaya tapi malas nak buat apa-apa. Pendek kata, nak kerja senang tapi nak pulangan yang besar. Kita kena ingat, lagi tinggi risiko lagi tinggi pulangannya. Jarang ada benda risiko rendah tapi pulangan besar. Apa maksudnya ni ?


Ok, contoh. Kita bekerja makan gaji, hujung bulan dapat gaji. Sama juga dengan bulan-bulan yang lepas dan yang akan datang. Prestasi kerja bagus ke tak bagus ke..pulangan tetap dan sama. Risiko rendah.


Risiko seorang usahawan adalah lebih tinggi. Tak kerja, tak de gaji. Tak dapat prosaja k maka tak ada pendapatan. Tapi sekali dapat prosaja k, pulangan yang besar.


Jadi kita kena tanya diri kita sendiri..kita nak berjaya atau tidak? Kalau kita nak berjaya, hingga ke tahap mana ? Apa juga jawapan kita, usaha yang kita kena buat harus lah setimpal dengan kehendak. Tak kisah lah samada kita nak jadi usahawan atau makan gaji. Sama saja.


Sanggup tak kita dapat pendapatan RM100 sebelum kita dapat RM1000, RM10,000, dan RM1.0juta ?


Disebabkan kita nak hidup senang lenang atau nak kaya cepat tapi tak nak usaha, kita masuk program skim cepat kaya; program beli emas (tapi emasnya pun tak nampak!); dan sebagainya. Kaya sekejap pastu lebur. Ada yang hilang duit simpanan...ada yang hilang duit tabung pendidikan anak pun.


Semua orang nak kaya raya. Saya pun nak! Tapi pilih la jalan dan cara yang betul.


Kejayaan kita hari ini adalah hasil usaha kita kelmarin. Masa depan kita ialah hasil usaha kita hari ini. Cuba kita tengok tahap kejayaan kita hari ini...adakah ia sudah hebat atau masih ada ruang untuk diperbaiki ?


Jangan sampai 5 atau 10 tahun akan datang kita akan kata "kalau la aku boleh pusing balik masa". Atau hari ni, kita sebut ayat tu. Kenapa sampai macam ni? Setiap tindakan yang diambil ialah pilihan kita sendiri.

Saya sendiri tak lari dari kekesalan, keluhan, dan sebagainya. Seperti yang selalu saya katakan...kita hanya insan biasa. Tapi sampai bila kita nak mengeluh ? Sampai bila kita nak merintih menyesal ? Cukup lah sesalan tu menjadi satu pengajaran. Kita belajar dari kesilapan kita dan kita perbaiki. Kesilapan mendewasakan kita.


Nak jadi usahawan kita kena pandai memotivasikan diri kita sendiri sebab tak ada orang lain akan memimpin tangan kita dan jalan bersama. Mereka pun ada masalah-masalah dan agenda mereka sendiri.


Kalau kita nak tunggu orang lain datang bantu kita...tah bila. Kita kena bantu diri kita sendiri.


Kalau nak tunggu benda nak jadi baru nak buat...jawapnya....seperti menunggu bulan jatuh ke riba.


Kepada yang masih bekerja makan gaji. Kita selalu cakap “bisnes ni bukan kita punya” atau “bisnes ni bukan bapak aku punya” untuk kita kerja rajin-rajin. Ok la…ada betul nya. Tapi kita patut tengok dari sudut yang lain. Setiap pekerjaan yang kita buat akan menjadi satu pengalaman untuk kita. Tak kisah la korang kerja sapu sampah ke atau menguruskan syarikat sekali pun. Kalau kita rajin berusaha dan dapat mencapai sesuatu sasaran, itu boleh dimasukkan dalam senarai pencapaian kita. Jadi resume kita akan nampak lagi menarik.


Kata lah, saya seorang lepasan SPM. Pergi temuduga. Korang rasa berapa ramai calon dengan kelulusan SPM yang ada? Mesti ramai, kan? Jadi di sesi temuduga tu…kita ni Cuma calon yang biasa saja. Cuba bayangkan kalau dalam resume kita tu ada tulis pencapaian kita dalam pekerjaan kita dulu atau pun sijil skil-skil selain daripada SPM. Baru lah kita ni menonjol.


Jadi...kalau kita nak berjaya...kita harus berbuat sesuatu. Jangan hanya angan-angan kosong dan setakat menjadi topik perbualan di kedai kopi saja. Kalau betul nak....buat!


Sila tonton video Stop Wasting Time di https://bit.ly/2slcpDc


Kenapa Nak Jadi Usahawan?


Dalam banyak-banyak benda, kenapa kita nak jadi seorang Usahawan? Pernah ke korang tanya pada diri korang? Kenapa tak kerja saja ngan orang, bulan-bulan dapat gaji, takyah susah-susah terkejar ke sana sini.


Bagi saya, ada SEBAB saya sendiri.


Ya, penyebab-penyebab ini lah yang akan membuatkan kita memilih jalan yang kita pilih. Ia juga yang akan buatkan kita terus hidup, bekerja, bertani, dan buat apa yang kita terus buat sehingga ke hari ni.


Kalau dalam perniagaan, sifu-sifu di luar sana selalu sebut "Big Why". Apa ke mendenye tu? Big Why ialah penyebab yang juga akan menjadi sebuah impian dan matlamat untuk apa yang korang buat. Dan ia takkan jadi Big Why kalau ia tak berupaya untuk membantu korang untuk teruskan perjuangan sehingga tercapai matlamat yang anda impikan. So apakah Big Why anda ?


Masa saya mula berniaga dulu, Big Why saya ialah "nak jadi kaya" dan nak lepak sesuka hati tak payah nak ambil cuti atau bimbang bos cari. Korang rasa ini Big Why ke ? Hahaha...itu hanyalah alasan orang yang malas!


Disebabkan Big Why saya yang cenggitu masa tu...bisnes saya seperti hangat2 tahi ayam. Cepat panas, cepat sejuk. Asal ada ja halangan, saya akan cepat give up. Ada saja yang tak kena, saya akan cepat mengalah. Sebab Big Why tak kuat atau mungkin...TAK BETUL! Saya nak berniaga sebab "boleh jadi kaya". Ingat senang ke buat bisnes ni?! Hahaha...baru tahu langit tinggi ke rendah.


Purchase this book or download sample versions for your ebook reader.
(Pages 1-12 show above.)